Media Room

Berita Harian Singapura   |   31 January 2008

 

RANCANGAN REALITI DI INTERNET PULA

 

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak rancangan 'realiti' yang disiarkan di layar televisyen akhir-akhir ini - dalam bentuk usaha mencari bakat baru sehinggalah kepada lamaran untuk berkahwin.

Namun, sebuah syarikat di Malaysia mahu melakukan satu kelainan.

Ia akan memulakan satu siri rancangan 'realtiti' yang disiarkan sepenuhnya dalam Internet menerusi sebuah laman web khas.

Siri itu akan mencari bakat peragawati terbaik di Malaysia dan akan dinamakan sebagai Malaysian Dreamgirl.

Ketua Eksekutif Capxion Media Sdn Bhd, Encik Jerad Solomon, berkata sebanyak dua episod setengah jam setiap minggu akan disiarkan antara Mac dengan Mei ini di laman web www.malaysiandreamgirl.tv.

Ia akan ditawarkan secara percuma.

'Pertunjukan itu bertujuan mencari bakat model baru di Malaysia. Ia akan memberi peluang kepada 12 peserta wanita untuk mengalami hidup sebagai seorang model. 'Ia akan meliputi kehidupan 12 wanita itu sepanjang tempoh 10 minggu, termasuk cabaran yang mereka hadapi,' jelas Encik Solomon, sambil menambah uji bakatnya akan diadakan bulan depan.

Menurutnya, siri itu tidak akan disiarkan di televisyen tetapi beberapa klip videonya boleh didapati menerusi rangkaian telefon bimbit 3G.

Pelakon Sazzy Falak akan menjadi hos rancangan itu, manakala para pengadilnya termasuk model dan pelakon Elaine Daly, penulis blog Kenny Sia, dan pereka fesyen, Lim Jimmy.

Para penonton boleh mengundi melalui SMS setiap minggu. -- NST.

Official Car
Chevrolet
Official Make Up
Beautilicious
Official Lingerie
Wacoal
Mobile Community
Pacmee
Official Fragrance
Escada
Official Hair Salon
Shawn Cutler
Official Partner
Marie France Bodyline
Official Partner
Bella Skin Care
Official Partner
Svenson
Official Fitness Centre
Celebrity Fitness
Official Club
Mist
Modelling Agency
andrewsmodels
Official Magazine
InTrend
Official Media Partner
Envy Magazine
Official Radio
FlyFM
Blog Partner
Nuffnang
Official Online Career Site
JobStreet
Venue Sponsor
Tune Hotels
Official Energy Drink
Red Bull
Official Finale Venue
The Curve