Media Room
mSTAR Online | 18 February 2008
Pencarian Malaysian Dreamgirl kini bermula..
by: Zanariah Abd Mutalib
PENTAS ujibakat program realiti untuk mencari bakat baru di dalam bidang peragaan, Malaysian Dreamgirl sudah dibuka dan kini pencarian 12 peserta program tersebut telah pun bermula.

Sazzy Falak sebagai hos Malaysian Dreamgirl
Lebih 160 peserta menghadiri uji bakat pencarian peragawati itu yang diadakan selama dua hari bermula 16 Februari lalu, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Menurut pengurus program Capxion Media Sdn Bhd, Edmund Chaw, peserta yang hadir terdiri dari pelbagai bangsa dan kebanyakannya adalah dari Lembah Klang.
“Peserta yang hadir berumur antara 18 dan 28 tahun dan kebanyakannya dilihat mempunyai bakat dan jika digilap akan menjadi model yang terkenal satu hari nanti,” kataya.
Edmund berkata, pihaknya tidak menetapkan kriteria yang terlalu khusus dalam pemilihan peserta.
“Seperti kebanyakan model biasa, pastinya kami mencari mereka yang mempunyai fizikal dan perwatakan yang menarik.
“Bagaimanapun, kami tidak menetapkan ketinggian tertentu, tetapi peserta mestilah tidak terlalu rendah dan ada potensi untuk menonjol jika di 'grooming'.
“Latar belakang pendidikan dan kerjaya juga bukanlah kriteria utama, namun peserta perlu bijak berkomunikasi dan yakin dengan diri sendiri,” katanya.
Kata Edmund lagi, walaupun program ini hanya akan disiarkan di sebuah laman web khas, dia percaya sambutan yang diterima pasti menggalakkan.
“Setakat ini, lebih 100,000 telah mengunjungi laman web kami dan ia akan bertambah dari masa ke masa.
“Kami percaya kelainan yang dibawa dalam program akan menarik orang ramai untuk mengunjungi laman web kami dan seterusnya mengundi peserta kegemaran mereka,” katanya.

Pencarian Malaysian Dreamgirl bermula
Bagi salah seorang peserta uji bakat, Stella Matilda Lai Set Nee, seorang pelajar perhubungan awam dari sebuah kolej di Kuala Lumpur, dia berkata jika diberi peluang, dia percaya program ini mampu menggilap bakatnya untuk pergi lebih jauh dalam bidang modeling.
“Sebelum ini, saya pernah melakukan part time modeling di majalah, bagaimanapun selepas mendapat tahu mengenai program ini daripada seorang rakan, saya terus mengambil keputusan untuk menyertainya kerana selain hadiah lumayan yang ditawarkan, rancangan ini akan membuka ruang untuk saya bergiat aktif dalam bidang ini,” kata peserta berusia 21 tahun ini.
Malaysian Dreamgirl akan memaparkan kehidupan 12 wanita yang menjalani kehidupan sebagai model dan disiarkan selama 10 minggu di laman web www.malaysiandreamgirl.tv.
Pelakon Sazzy Falak akan menjadi hos program itu dan para pengadilnya terdiri daripada model dan pelakon, Elaine Daly, penulis blog Kenny Sia dan pereka imej Lim Jimmy.
Siri akhir bagi mengumumkan pemenang akan diadakan di One Utama, Petaling Jaya pada 29 April 2008.
Peserta yang digelar Malaysian Dreamgirl akan memenangi sebuah kereta Nissan Latio 1.8Ti (A), RM10 000 kad pra-bayar AmBank NexG MasterCard, hamper Wella Professionals bernilai RM3000, minyak wangi Escada bernilai RM1000, pakaian Bebe dan kasut Nose bernilai RM1500 serta menjadi model untuk ‘cover’ majalah tempatan NewMan.
Para penonton boleh mengundi melalui SMS setiap minggu.
Other News
- 10 May 09
Living with the reality and pain of spiteful blogs - 8 May 09
Final three - 30 Mar 09
Dreamgirls live it up - 20 Mar 09
Your dream girls - 20 Mar 09
Not your regular girls - 20 Mar 09
Malaysian Dreamgirl Season 2 - 18 Mar 09
Are you the next Malaysian Dreamgirl? - 27 Feb 09
Malaysian Dreamgirl is back - 23 Feb 09
Chevrolet Aveo taruhan Malaysia Dreamgirl 2 - 12 Feb 09
Malaysian Dreamgirl - 10 Feb 09
A chance to be a Malaysian Dreamgirl - 7 Jan 09
Catwalk career - 1 Dec 08
Monday With Tey Cindy - 12 Sep 08
The 20 Under 40: Jared Solomon - 1 Jun 08
Fillin' In The Blanks: Cindy MDG - 07 May 08
Impian menjadi realiti - 06 May 08
Do you have what it takes? - 01 May 08
Tey Cindy wins Dreamgirl reality show - 20 Apr 08
Chasing their catwalk dreams - 10 Apr 08
The Breakfast Show - 09 Apr 08
Beyond the runways - 24 Mar 08
Quest for that girl who clicks - 02 Mar 08
Entertaining show spices up event - 25 Feb 08
Who is your Dreamgirl? - 19 Feb 08
Cari model melalui internet - 18 Feb 08
Pencarian Malaysian Dreamgirl kini bermula.. - 05 Feb 08
Malaysian Dreamgirl cari bakat peragawati! - 31 Jan 08
RANCANGAN REALITI DI INTERNET PULA - 28 Jan 08
Search for top models to be shown on Net - 27 Jan 08
Company launches web-based talent search reality show



































Malaysia's First Online Reality Series